Apa yang nak dicerita semasa beri seminar.
Fokus utama aku sekarang. Jadi x jadi, semua ada di point ni. So, kena aku tumpukan perhatian aku di sini. Untuk point ni, aku kena membaca pelbagai buku untuk menambahkan idea2 yang terbaru lagi menarik.
Idea asal itu berdasarkan jumlah pendapatan seseorang kearah kawalan perbelanjaan.. Ye la. Untuk kes aku sendiri, Pendapatan boleh dikatkan tetap setiap bulan, tetapi perbelanjaan tu yang memainkan peranan besar didalam aspek kekeringan poket seseorang. Lebih besar periuk, lebih besarla keraknye. Itu orang selalu cakap. Aku selalu cakap kenapa bila periuk besar, kerak pun besar, kenapa tak masak elok2 xpun masak pakai periuk elektrik. Kan jarang berkerak walaupun tidak berapa pandai memasak. Guna periuk Elektrik,itulah sebenarnye idea asal aku. Menyediakan satu panduan atau pendapat tentang kewangan individu secara adil dan telus. Maksudnye, harapan aku agar program aku ni dapat digunakan oleh semua individu ke arah kemakmuran mereka sendiri. Aku berharap aku dapat meberi cadangan kepada mana-mana individu bagaiman nak uruskan kewangan mereka. Itu, tujuan aku masa sekarang. Misi akan datang termasukla memberi pandangan untuk menambahkan pendapatan dan teknik2 untuk senang nak hidup pada masa akan datang. MAsa akan datang, biar dulu. Nampaknye banyak le aku kena baca balik buku2 lama aku tu. Dan kena berguru lagi tentang ilmu IT.Maleh nak explore.Kena le tanye orang.Nasib baik dah ade program orang lain punye.Just udgrade la jadi program aku sendiri. Nak hidup ….
No comments:
Post a Comment