Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Monday, September 7, 2015

Pembakar semangat untuk lebih berjaya...

Salam..

Coretan baru setelah sekian lama tidak menulis.


Semua orang pernah melakukan kesilapan,
Semua orang juga pernah gagal,
Mengapa perlu terus bersedih dan kecewa ?
Jarak antara gagal dan berjaya itu sangat dekat. Bertahanlah.

ingat,guna dan amal.....

Tuesday, August 28, 2012

Strategi untuk bebas dari kehutangan ...

Salam..

Ada lagi satu tips untuk menghapuskan hutang anda yang sedia ada... Artikel ini agak menarik untuk dikongsi ..

mari sesama membaca..

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak bapak jer...

Kalau orang macam saya boleh, orang yang suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak?

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahaun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan hutang semua hutang dengan cepat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Dana ni penting sebab kita dapat jimat banyak dengan cara full-settlement berbanding dengan tambah nilai installment bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer, installment bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)...


artikel dari mohd zulkifli dot com ..


So, apa kata anda?... boleh ikut ker tidak.. ker buat macam biasa.. Kawan dua tiga langkah dah ada... Yang lain, nafsu masih kuat tak bagi ikut.. kena ikut forced task untuk follow ni...

Cubalah.. Anda pasti berjaya walaupon sebahagiannya..

Friday, June 15, 2012

Halal Haram Pelaburan ASB...

Salam..

Persoalan ini selalu bermain dikalangan bumiputra terutamanya orang Melayu kita.. Secar umumnya, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan hukumnya harus manakala ada 2 Majlis Fawta negeri iaitu Selangor dan Pahang mengatakan Haram.. Negeri lain, kawan tiada info..


Meh kita tengok kenapa Majlis Fatwa Selangor mengatakan ASB tidak patuh syariah.
Terdapat pelaburan konvensional berteras faedah melalui Maybank (pemegang saham besar di ASB)
Pelaburan konvensional berteras faedah di pasaran wang.

Mari kita tengok pula kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ASB harus:
bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Kenapa ingin menjaga maslahah umat islam:
masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.
adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Saya bukan ulamak, saya bukan ustaz. Dalam hal ini saya ikut pendapat ulamak daripada kalangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Anda nak ikut yang mana, ikutlah tapi kenalah berasas. Asas mengapa saya ikut Majlis Fatwa Kebangsaan adalah:
Majlis Fatwa kebangsaan menyediakan 'solution' dengan mengambil kira keadaan yang berlaku di Malaysia iaitu sistem tunjang ekonomi yang diguna pakai di Malaysia sebelum ini yakni sistem konvensioanal, dan sehinggalah kedatangan sistem syariah perbankan islam. Hanya dengan mengatakan haram tanpa menyediakan solusi bagi saya hanya memudaratkan. Bagi saya, sekiranya Malaysia adalah sebuah negara berlandaskan syariah semenjak awal-awal lagi, sudah pasti ASB tidak lagi 'harus'. Tapi Malaysia baru bangkit dalam memperkenalkan unsur syariah, dalam hal ini terdapat kecelaruan dalam sistem yang bercampur-campur. Untuk serta-merta mengharamkan dalam jangkamasa yang singkat akan memporak-perandakan keadaan dan memburukkan lagi keadaan.

Dana PNB adalah amat besar. Dan tidak ada bank berlandas syariah yang mampu untuk menampung dana pelaburan PNB. Dinyatakan bahawa Malaysia memerlukan sekitar 40 buah islamik bank untuk menampung dana pelaburan PNB. Adalah sesuatu yang sukar dicapai untuk Malaysia mempunyai bank islamik sebanyak itu dalam jangkamasa yang singkat. Setakat ini, hanya Maybank yang mampu memenuhi dana PNB. Jika Maybank dikeluarkan dari equation tanpa ada islamik bank yang boleh tampung kekosongan tersebut, keadaan akan menjadi kucar-kacir. Kecelaruan ekonomi akan memburukkan ekonomi yang akhirnya akan menyebabkan kemudaratan dikalangan pelabur ASB yang rata-rata orang islam.

Ini adalah survival orang islam di Malaysia, keterlibatan kita adalah dalam kadar darurat, yang mana darurat disukat dengan kadarnya, dan dalam masa yang sama kita (termasuk PNB) berusaha untuk keluar dari permasalah ini (Mengutip kata-kata Dr MAZA). Sebab tu sekarang PNB ada panel syariah dia sendiri, termasuklah pihak Maybank. Dalam hal ini proses pembaikan kepada sistem syariah harus dijalankan sehingga maslahah ini dapat diatasi

Mari saya bagi contoh lain betapa ironiknya perbuatan jahat atau baik boleh menjadi sebaliknya:
Seseorang yang mencuri kerana kebuluran. Perbuatan ini adalah pada dasarnya salah tetapi 'diharuskan'. Saya petik daripada http://www.al-azim.com/masjid/infois...at/mencuri.htm :
Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Seorang yang ingin berkahwin lebih dari satu kerana ingin menolong perempuan lain, tapi dalam masa yang sama membuatkan isteri asalnya merana. Sememangnya poligami dibolehkan dengan tujuan untuk kebajikan. Tapi apalah kebajikannya sekiranya membuat orang yang didepan mata merana. Kalau ada orang yang merana, itu bukan kebajikan, tidak sampai tujuan asal harusnya poligami. Itu lebih kepada memanipulasi perkara yang 'halal' untuk mencapai tujuan yang dangkal. Perkara yang halal sepatutnya indah. Jadi prosesnya pon kenalah indah.

Sentiasa ada sebab musabab mengapa halal atau haramnya sesuatu. Kita kenalah paham usul atas asas mengapa sesuatu perkara itu dibentangkan. Kalau kita terima sesuatu bulat-bulat tanpa usul periksa, kita hanya jasad tanpa punya roh, kakak tua yang hanya mampu berkata-kata.

Wednesday, July 13, 2011

Peraturan 78 bank menekan peminjam

Salam..
Lama betoi x tulis kat blog ini. Bukan apa tiada apa yang menarik untuk dikongsi bersama. Inipon kawan terjumpa artikel yang menarik.. kalau tidak , masih lama ler...

Sila baca terlebih dahulu untuk memahaminya..

PERATURAN 78 (Hasil Jumlah Angka) sudah lama digunakan oleh sistem perbankan di Malaysia untuk mengiktiraf keuntungan atau faedah belum perolehan. Penggunaan Peraturan 78 ini tidak memihak kepada peminjam apabila berlaku penyelesaian awal kerana rebat berkanun yang diberikan semula kepada peminjam tidak menggambarkan baki tempoh pinjaman.

Kesan dari penggunaan Peraturan 78 ini menyebabkan peminjam terpaksa menyelesaikan baki pinjaman tinggi walaupun sudah lama membayar. Sebagai contoh, peminjam membuat pinjaman 10 tahun dan pada tarikh perjanjian, keuntungan atau faedah untuk 10 tahun dikenakan. Jika berlaku penyelesaian awal, sebahagian dari keuntungan atau faedah yang dikenakan akan dipulangkan kepada peminjam dalam bentuk rebat berkanun.
Isu yang timbul ialah apabila penggunaan Peraturan 78 menyebabkan rebat berkanun yang dipulangkan semula kepada peminjam tidak sepadan dengan jumlah pembayaran sudah dibuat. Mengambil senario itu sebagai contoh, katakan selepas tiga tahun, peminjam membuat penyelesaian awal. Dengan penggunaan Peraturan 78, peminjam hanya layak mendapat rebat (pemulangan semula keuntungan atau faedah yang dicaj pada tarikh perjanjian) untuk lima tahun saja. Sepatutnya bank perlu memulangkan semula keuntungan atau faedah ini untuk tujuh tahun kerana baki tempoh pinjaman ialah tujuh tahun.
Saya berpendapat penggunaan Peraturan 78 ini perlu disemak semula kerana ia tidak mesra peminjam. Justifikasi kepada penggunaan Peraturan 78 ini perlu disemak semula kerana ia lebih memihak kepada bank yang secara umumnya bank mengiktiraf 75 peratus daripada keuntungan atau faedah ini dalam separuh pertama tempoh pinjaman. Contohnya, 75 peratus keuntungan atau faedah ini untuk pinjaman yang bertempoh 10 tahun diiktiraf dalam tempoh lima tahun pertama pinjaman. Atas dasar melindungi peminjam, penggunaan Peraturan 78 juga sudah lama dimansuhkan di negara maju di seluruh dunia. Kini tiba masanya Bank Negara Malaysia (BNM) melihat kembali penggunaan Peraturan 78 di negara kita.

Saya mencadangkan suatu kaedah yang lebih memihak kepada pengguna menggantikan Peraturan 78 ini. Kaedah yang mengiktiraf keuntungan atau faedah ini secara sama rata adalah yang terbaik. Ini bermaksud, dalam separuh pertama tempoh pinjaman, hanya 50 peratus keuntungan atau faedah diiktiraf (bukan 75 peratus seperti Peraturan 78).

Dalam kes peminjam sudah menyelesaikan pinjaman dalam tempoh tiga tahun (untuk tempoh pinjaman asal 10 tahun), maka rebat berkanun untuk tempoh tujuh tahun perlu dipulangkan kepada peminjam. Isu ini perlu dilihat oleh BNM dan Persatuan Pengguna kerana ia membabitkan pelbagai peringkat masyarakat.


Bagi kawan, benda ini adalah tersembunyi yang mana kawan ramai majoriti penuh rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa ada undang-unang menetapkan bank mesti untung lebih.
Kawan tak tau ler, bagaimana undang-undang sebegini dalam negara kita...Adoiiiiiiiiiiiiii...Kerajaan oo kerajaan... Dah ler gelombang kebencian sudah ada, karang makin memuncak pulak....

....

Wednesday, May 18, 2011

Elak papa asal best bergaya...

salam..

dua kali tulis asyik hilang jer komentar kawan.. so bacaah rencan di bawah berkenaan tajuk di atas

AWAL bergelar pekerja tujuh tahun lalu, tidak terlintas untuk membeli kenderaan walaupun dia mampu untuk berbuat demikian. Dia lebih rela menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke pejabat. Alasannya cuma satu, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan melakukan perancangan sebagai jaminan masa depan.

Tambah pula ketika itu juga, Khairol Nizam Mohd Mostar, 32, baru mendirikan rumah tangga.

Walaupun Eksekutif syarikat swasta ini dan pasangannya bekerja, mereka begitu berhati-hati dalam merancang kewangan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan terutama jika berlaku kecemasan.

“Mula berkahwin, kami menetap di rumah mentua. Masing-masing baru bekerja, kedudukan kewangan kurang stabil dan kami tidak mahu terlalu cepat membuat pelaburan, yang akhirnya akan menyusahkan.

“Begitu juga dalam soal memiliki anak. Kami membuat perancangan sebaiknya kerana mahu yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah, kami kini memiliki dua anak, hendak masuk tiga,” katanya yang hanya memiliki kenderaan selepas setahun bekerja.

Khairol Nizam mengakui memang sukar untuk membuat tabungan ketika awal bekerja tetapi beliau tetap memastikan menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan setiap bulan untuk bekalan masa depan.

“Saya tidak mahu mengikut pepatah `Biar Papa Asal Bergaya’ kerana ia hanya akan menyusahkan. Disebabkan itu juga, saya mengelakkan menggunakan kad kredit apabila keluar berbelanja. Saya hanya menggunakannya pada waktu kecemasan,” katanya.

Ditanya mengenai cara berbelanja eksekutif muda yang baru bekerja hari ini, beliau berkata, seakan satu penyakit, eksekutif muda seronok seronok dan berbangga memiliki kad kredit tetapi tidak bijak menguruskan perbelanjaan.

Akibatnya, kata Khairol Nizam, ramai eksekutif muda hari ini menanggung hutang yang banyak malah ada yang diisytiharkan muflis.

Eksekutif Pembantu Pengarah, Norzakiah Othman, 26, yang baru tiga tahun bergelar pekerja ini juga mengalami saat sukar untuk menabung ketika mula bekerja dulu.

“Susah hendak menyimpan kerana banyak duit dihabiskan untuk perbelanjaan harian selain membayar balik duit pembiayaan pengajian dan memberikan sedikit kepada keluarga. Pendek kata, ketika itu hanya cukup-cukup makan.

“Hanya selepas setahun bekerja, kedudukan kewangan saya mulai stabil dan saya mula menyimpan. Pada masa yang sama, saya sekat keinginan untuk berbelanja. memang rambang mata, lebih-lebih lagi bila tiba musim jualan murah.

“Jika saya mahu berbelanja pun, saya pastikan jika ada tunai lebih. Saya tidak menggunakan kad kredit walaupun ada dua jenis kad,” katanya.