Wednesday, November 28, 2007

Talk (Part III)

Ok, sekarang ni, aku akan tuliskan apa yang sepatutnya aku buat supaya idea akan menjadi realiti.

1. Apa yang nak dicerita semasa beri seminar
2. Jangkamasa seminar
3. Kandungan isi seminar
4. Alat bantuan untuk berseminar (ABM)
5. Pamplet
6. Questions & Answers
7. Lampiran untuk LDK (cth, aliran pendapatan dan perbelanjaan)
8. Apa lagi yeeee. Nanti le tambah.


Aduh, banyak yang aku senaraikan untuk dibuat. Tapi sekurang-kurangnye sudah tertulis apa yang ku nak buat.semasa Fasa II ni(50% je la) .Kena buatla slow-slow..

Tuesday, November 27, 2007

Talk (part II)

Sekarang , nampaknye aku kena teruskan untuk memasuki Fasa II iaitu perkembangan idea asal. Disinila aku selalunye fail. Nampak betui begitu berbahaya Fasa II ni. Tambahan pula masa sekarang diibaratkan masa senja. Keje aku ni dah sampai ke penghujung untuk tahun ini. Maka, segala kemudahan yang aku tumpang guna sepanjang 3 or 4 bulan ni untuk online serta kemudahan wireless connection ni akan tamat la. Untuk tahun depan plak apa citer la pulak. Entah2 kena tukar tempat kerja yang suasana tidak secanggih sekarang. Tapi aku yang mohon bertukar. Pandai-pandai la nak hidup kan. AHH! Lupakan masa akan datang, fokus pada masa sekarang. So, aku kena fikirkan agar apa yang aku tulis ni dijadikan pedoman. Maklumla dah tulis, orang dah tahu. Kalau x jadi, ada sikit malula. Cakap je lebih kan..Ok, aku akan tulis apa perancangan untuk idea aku ni…

Thursday, November 22, 2007

Talk ..II

Sebut pasai seminar yang aku cadangkan, nampaknye tertangguh lagi. Aku agak sibuk minggu terakhir kerja aku… pelik2 tugas yang diberi tidak sesuai dengan minggu terakhir aku kerje. Buat je la. Dah kerje. Minggu ni pun aku tengah sibuk pasai aktiviti NGO yang memasuki satu anugerah. So, penilaian akan dibuat dan sebagai orang yang agak penting gak jawapan dia, kenalah buat2 sibuk sekali… Nasib baik aku dah tulis apa yang hendak dibuat.
kalau main ingat dalam kepala je, alamatnye lupala. Ooooh ya. Antara satu factor penangguhan kerje aku ni adalah program kerja aku tidak berjalan lancer. Aku cuba try test program tu kat aku sendiri, masih x mencapai apa yang aku nak. Macam terpesong je. So, aku harap, cuti2 ni dapat digunakan untuk menyetelkan masalah aku ni.Jangan sebab cuti ni, terganggu semua perancangan aku ni. Aku takut betoi perkara ni disebabkan pengalaman lalu selalu terjadi perkara2 macam ni. Dah la jadual cuti aku ni macam sibuk je. Aku tulih la diary aku kat sini .senang,

20/11- Penilaian
21-23/11 – Extra bud
24-26/11 – SLS di Hulu Yam
27/11 – Wedding jiran aku ( mat Kerie)
1/12 – Ke Melaka, Wedding
25/12 – Kursus di KT (diawalkan kepada 9/12- di Klang)
23/12 – Wedding di Kedah
20/12 – Hari raya haji
23/12 – wedding di jengka 20
31/12 – First Meeting kerje

Amboi! Sibuk gak aku ni nampaknye. Tu, tak termasuk undangan kenduri yang kau terima secara kad. Rasa2 kira halal dan kirim salam jela jadual penuh.

Sunday, November 18, 2007

Memberi Talk di Seminar Kewangan

Beberapa hari lalu , semasa aku tengah membaca sebuah buku tentang kewangan untuk mencari ilham, tetiba satu idea timbul. Sebelum itu, bos aku cakap, kalau ade sesiapa yang ingin memberi talk berdasarkan apa saje, boleh berjumpa dia. Aku terus teringat akan idea aku ni.
Begini, memandangkan aku ni boleh la dikatakan ade sedikit kelebihan dalam ilmu kewangan ini, maka idea aku adalah memberi talk seperti yang bos aku cakap tu. Idea itu timbul, mula-mula nak kejar pangkat cepat sikit dan bila aku fikir kembali, inilah platform yang aku tunggu selama ini. Memberi pendapat tersendiri kepada orang lain. Dah masuk bab Cetusan idea.(Fasa I).Oh ya. Rasa mungkin ramai dah tahu tentang Fasa-Fasa ni kot. Xpe la aku tulis jugak la tapi berdasarkan idea aku la,
a) Fasa I – Cetusan Idea
b) Fasa II – Perkembangan Idea Asal
c) Fasa III – Pemilihan idea Utama
d) Fasa IV – Perkembangan Idea Utama
e) Fasa V- Prototaip
f) Fasa VI – Komen dan penambahbaikan
g) Fasa VII – Produk

Ada tujuh fasa keseluruhan bagi penghasilan idea asal aku ke produk yang diingini. Masa yang diperlukan sepatutnya hadnye 50 hari je. Tapi aku rasa besar kemungkinan memakan masa 3 hingga 4 bulan. Itupun bagi Jilid 1.(utama) buat je la. Janji jadi.
sambung…

Thursday, November 15, 2007

Kena Tukar lagi…..Entah la

Semalam aku ada baca tentang sebuah buku yang fokusnya nasihat tentang kewangan. Maklumla nak bagi nasihat kat orang , kita mesti bersedia dengan pelbagai sumber untuk memberi pelbagai pilihan atau masalah yang dihadapi. Tengak seronok membaca buat kali ketiga bagi buku itu, tetiba rasa tergerak hati nak baca di bahagian katalog buku.Baca punye baca, rupanye bsru teringat adalah salah bagi seseorang itu memberi nasihat kewangan secara personal tanpa tauliah. (eh! Macam lain je isu yang aku nak tulis) Maknanye aku ni xleh beri nasihat kewangan tanpa mempunyai tauliah atau berdaftar. (contohnye, CFP) .,Walaupun aku ni berlatar belakang bidang kewangan dari institusi awam tetapi aku ni kiranye masih tidak layak memberi nasihat kewangan. So, terpaksala aku ubah strategi untuk meneruskan niat hati aku. Camne aku nak buat, idea dah ada. Cuma mencari peluang untuk melaksanakannye..Xpe-xpe….

Wednesday, November 14, 2007

Cara focus II

Sambung post lalu, Pengalaman aku? Berapa banyak? Tua sangat ke aku ni sampai nak beri nasihat kepada orang? Ke hasil kerja dan invest aku adah banyak ROI nye kot? Aku, xde la sampai ke tahap itu termasukla usia aku. Bagi aku, pengalaman tidak semestinya dari diri sendiri tapi pengalaman dari orang lain pun kiranye boleh dikira pakai sekali. Kira dalam bab pengalaman gak.. X payah rasa pahit maung akibat pengalaman tu dah dapat iktibarnye. Kan senang. Secara amnye berbunyi macam ni;

BELAJAR DARI PENGALAMAN ADALAH GURU YANG BAIK, TETAPI PENGALAMAN ORANG LAIN LEBIH CEPAT MEMATANGKAN KITA.

OK, cukup dulu setakat ni. Ade benda mengganggu minda aku masa tulis post ni. Lain kali sambung balik.

Monday, November 12, 2007

Cara Fokus

Ok, dalam blog aku ni, aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian yang aku ingin tulis. Mungkin bagi beberapa pihak lain, sape aku ni nak tulis tentang kewangan ni. Fikir-fikir, betul gak cakap diaorang. Ah, Dah nak buat camne, aku nak tulis tentang bab ni, ikut suka aku la. Apa orang lain peduli. Janji, apa yang aku hajatkan tercapai. Aku harapkan apa yang aku tulis kat sini akan dapat memberi input kepada sesiapa saja samada berguna atau tidak. Penulisan aku ni adalah berdasarkan pengalaman tidak seberapa dan hasil pendapat orang lain yang aku guna terus atau aku komen pendapatnye. Maklumkan ‘rambut sama hitam, tapi otak masing-masing’.

Thursday, November 8, 2007

Fokus Blog

Nasihat kewangan!! Itu la focus aku tentang blog aku ni. Tujuan bog ni dibuat kerana di blogasalnye banyak idea2 lain terselit dalam tajuk ni. Setelah fikir2, aku memutuskan untuk mewujudkan bebrapa blog baru termasukla blog nasihat kewangan ni. Aku rasa dengan ini , idea2 penulisan posting aku akan lebih teratur wlaaupun jangkaan aku, penempatan posting aku akan lambat. Walaupun aku ada membaca penulisan didal m forum WC tentang wujudnye autoresponder free, tapi aku msih dalam peringkat memahami dan untuk mendownloadkan nye. Entah boleh guna atau tidak ke atas blog aku ni.
Mungkin aku akan minta pandangan dan bantuan dari member di WC.
Oh ya.. seminggu lalu , forum WC ditutup sementara untuk proses tukar server dan updated. Harap2 lagi canggih dan mudah la untuk member nak gunakannye.

Sunday, November 4, 2007

Salam perkenalan..

Ini blog second aku,
maklumla dah ada idea tentang internet ni, so aku pecahkan main blog aku kepada beberapa blog lain. satu baru baut(yang ni la) dan yang alin tu akan menyusul. so, nanti aku fikir nak gerak macam mane dengan gerakan online aku terhad ni.