Friday, May 22, 2009

Usahawan Muda ICT

salam semua....

sekarang ni iaitu 22-24 Mei 2009, saya sedang mengikuti program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Pahang. Program berkenaan adalah mengenai apa yang dipanggil program menjana kewangan melalui blog...

Anda percaya ker....heeeeheeee.. semua itu terpulang kepada anda bagaimana untuk memanafaatkan apa yang ada dihadapan mata. Ramai sudah terbukti menjana wang melalui blog malah sesetengah blogger itu tidak langsung mengeluarkan sebarang modal untuk mencipta pendapatan bulanan.

Saya terbaca dalam ruangan siber ini yang mana seorang budak yang baru berusia 10 tahun menjana pendapatan USD$1,000 sebulan dengan hanya menggunakan platform blogger ini sahaja.. nak tau sape dia.. bak kata ahli kumpulan saya semasa kursus ini (kumpulan Belia.fm)..click, click , you know everything.... apa lagi tanyer ler pakcik google atau makcik yahoo...semua terhidang didepan anda...;

Apa yang saya cuba highlightkan di sini adalah sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kelulusan boleh mendapat apa sahaja yang orang lain boleh dapat....

YAKIN...MALAYSIA BOLEH.....

Saya?? ....erkk... payah gak nak jawab tu.. xpe ler..hanya jauhari yang kenal manikam....(sambil tersenyum simpul.....nak kena ler tu?

Keburukan??? ni yang tak sodap ni...setiap perkara ada baiknya dan buruknya...bak kata orang Papua New Guinea, High risk, high return..Lebih tinggi risiko yang terpaksa anda hadapi dalam sesuatu perkara, lazimnya lebih tinggi pulangan atau hasil anda akan terima....
Ingat wahai pembaca blogku yang x seberapa hemsem ni...(blog aku jer)..selalu saya tekankan kepada audien saya, yang paling penting dalam melakukan sesuatu adalah fokus kepada apa saja yang anda buat...hadapi yang penuh confiden dan cool... barulah sesuatu perkara itu akan berhasil..

Ok ler..Saya rasa setakat ini sahaja dahulu coretan pelik2 pagi ni...dengan mata yang berat dan perut yang baik punyer...saya kiranya undur diri untuk meneruskan aktiviti bersama ahli kumpulan saya...


p.s. Best gak semasa berada kat Lipis ni..berjumpa dengan pelbagai kerenah orang...terutamanya buat xxxx....heeeee

Thursday, March 19, 2009

Harga Emas dari 1955- 2005

Gold Prices 1955 to 2005

2005 $444.74 1988 $410.15 1971 $44.60

2004 $409.72 1987 $486.50 1970 $38.90

2003 $363.38 1986 $390.90 1969 $41.00

2002 $309.73 1985 $327.00 1968 $43.50

2001 $271.04 1984 $309.00 1967 $35.50

2000 $279.11 1983 $380.00 1966 $35.40

1999 $290.25 1982 $447.00 1965 $35.50

1998 $288.70 1981 $400.00 1964 $35.35

1997 $287.05 1980 $594.90 1963 $35.25

1996 $369.00 1979 $459.00 1962 $35.35

1995 $387.00 1978 $208.10 1961 $35.50

1994 $383.25 1977 $161.10 1960 $36.50

1993 $391.75 1976 $133.77 1959 $35.25

1992 $333.00 1975 $139.29 1958 $35.25

1991 $353.15 1974 $183.77 1957 $35.25

1990 $386.20 1973 $106.48 1956 $35.20

1989 $401.00 1972 $63.84 1955 $35.15

Sunday, February 22, 2009

Perkembangan Terbaru

Sekarang ni, semakin ramai tengah tertumpu dengan cadangan BUdget Mini yang akan disiarkan di PArlimen pada 10 Mac ni.. Cadangan bernilai 70 bilion ni antar lain merupakan pakej rangsangan peringkat kedua setelah pakej bernilai RM7 bilion pertama didapati masih tidak memberangsangkan ekonomi negara..(ye ke..)

Kita selaku rakyat Malaysia yang sentiasa sejahtera dengan ini macam biasa2 jer.. x ambik kisah apa yang pentingnya pakej tu kepada kiter... yang lebih penting kepada kiter adalah bagaimana kita nak meneruskan hidup keesokkan hari tanpa ade apa2 masalah timbul..(contoh, keta kena tarik, rumah kena lelong, anak menangis minta belikan makanan..)

Oleh itu, seharusnya kita semua memanafaatkan setiap sen yang ada pada kita... SIMPAN....SIMPAN........SIMPAN.....itulah perkataan yang sesuai..menurut kajian yang dilakukan oleh CitiBank World Group baru ni..hampir 34% dari kalangan rakyat Malaysia menyimpang sekurangnya 20% dari pendapatannya mereka... OOOOOO..patut pun bila aku p pasaraya, asyik penuh jer...80% lagig gaji untu dihabiskan....tu baru x sampai separuh menyimpang..lagi 66% rakyat Malaysia..dapat gaji untuk dibelanjakan..termasuklah aku... senario ni bagus ke tidak ....

bila ketika nanti, aku kan ceritakan apa aku buat dengan gaji aku...

Wednesday, February 11, 2009

lega...

aduh.... lega dah boleh akses dari tempat kerje...

mulai tahun ni rasanya,semua blogger dah boleh memasuki blog dari komputer kerajaan..(ke dah lama dah?)..

apapun , dengan berita itu, maka aku dah boleh post kat sini sekerap mungkin... mcm sekarang ni.....dulu alasan jarng post xde masa...harap lepas ni boleh post bebayk..

Sekarang ni, dari segi kewangan pengurusan, bagi aku agak kritikal.. Ade pelbagai pendapat tentang bagaiman nak menghadapi zaman gawat sekarang ni..tapi yeke gawat? aku tgk shopping complex reliks jer..penuh memanjang jer..macam dulu2 jer...nak kata berjimat ..penuh jugak trolly...tu aku pelik...termasuk ler aku...

apapun bagi aku, aku standby duit sebyk mungkin untuk bertindak pada jangkaan bulan 6 ni.. kot2 boleh beli rumah lelong ke tangkap lot ladang ke..sebab aku rasa dekat masa sekarang akan ade byk lot2 aka ndijual or dilelong ...

Buktinya pada 18 Ferbruari 2009 ni, satu unit kos rendah untuk dilelong dgn harga 38k(RP)... cdg nak p beli.... satu lagi rumah kedai utk dilelong ( unit pulak tu... harga 220k dan 250k.. average harga... selam aku tunggu 6 tahun ni xde..tetiba ade dua unit pulak..harga cantik...rezeki2....REZEKI??? ..entah la..harap boleh ler beli apa yang aku cadangkan...

Biz topup aku pun masih samar2 ni.. ade sedikit masalah..sikit duit pun payah..duit juta pun payah..mcm2....dunia oooo dunia...

Tuesday, January 27, 2009

Lama x updated...

salam semua... lama betoi x updated blog ni.... sejak post dulu lebih setahun dah...

apa yg aku takuti nampaknya berlaku... sebab tu aku masih still guna blogger free... pada hal ade plan nak buat web berbayar....

apapun, arini tergerak nak citer berkenaan kewangan aku...

Sekarang ni... biz aku dah berubah arah... dulu dari perkhidmatan sekarang beralih arah ke fizikal.... apa biz aku? jual topup... dpt lobang cantik..terjun ler....

apapun aku sekarang lebih senang cuba unutk memperbykkan tunai aku.....cuba jimat sebyk mungkin......kenapa? untuk ready masa gawat karang.......buat apaready? ramai jugak tanya aku...member2 sekerja tanyer... aku pun jawb ..saje hobi kumpul duit..heheeeeeee... KORANG FAHAM KOT APA TUJUAN AKU NI....(x faham tanyer yer...)

sepanjang 2008, byk gak benda aku buat.... apa yg aku plan hampir semua x jadi... benda yg aku x plan , yg tu aku buat........ dari biz MLM ke seminar kewangan aku...ooooo adoooiiii.....

yg aku x plan...Biz topup dan jadi ALK Koperasi dewasa........kedua2 tu membuatkan aku agak sibuk...jalan jer ..buat2 rileks....cool jer....

so, seperti biasa AZAM dan Perancangan 2009....

1) teruskan biz topup...target 5 angka sebulan...boleh ke...
2) Buat kerja ALK KOSKA...macam2 kena buat dari hartanah ke stesen minyak..kilang pun kena sekali....
3)memcari ruang biz baru...Abg aku ajak buat ELKEN...entah ler...selalu aku buat apa yg abg ku buat....
4)..Beli rumah lelong.... harap2 boleh deal dgn pak pie...projek dulu x jadi..entah kenapa ..aku lembap ke..x faham konsep ker..apa ker..
5)..GEnerate income baru..kedai nampak gayanya dah nak siap...ade can nak disewa..bini aku cdg bukak kedai topup...still fikir..