Wednesday, May 18, 2011

Elak papa asal best bergaya...

salam..

dua kali tulis asyik hilang jer komentar kawan.. so bacaah rencan di bawah berkenaan tajuk di atas

AWAL bergelar pekerja tujuh tahun lalu, tidak terlintas untuk membeli kenderaan walaupun dia mampu untuk berbuat demikian. Dia lebih rela menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke pejabat. Alasannya cuma satu, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan melakukan perancangan sebagai jaminan masa depan.

Tambah pula ketika itu juga, Khairol Nizam Mohd Mostar, 32, baru mendirikan rumah tangga.

Walaupun Eksekutif syarikat swasta ini dan pasangannya bekerja, mereka begitu berhati-hati dalam merancang kewangan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan terutama jika berlaku kecemasan.

“Mula berkahwin, kami menetap di rumah mentua. Masing-masing baru bekerja, kedudukan kewangan kurang stabil dan kami tidak mahu terlalu cepat membuat pelaburan, yang akhirnya akan menyusahkan.

“Begitu juga dalam soal memiliki anak. Kami membuat perancangan sebaiknya kerana mahu yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah, kami kini memiliki dua anak, hendak masuk tiga,” katanya yang hanya memiliki kenderaan selepas setahun bekerja.

Khairol Nizam mengakui memang sukar untuk membuat tabungan ketika awal bekerja tetapi beliau tetap memastikan menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan setiap bulan untuk bekalan masa depan.

“Saya tidak mahu mengikut pepatah `Biar Papa Asal Bergaya’ kerana ia hanya akan menyusahkan. Disebabkan itu juga, saya mengelakkan menggunakan kad kredit apabila keluar berbelanja. Saya hanya menggunakannya pada waktu kecemasan,” katanya.

Ditanya mengenai cara berbelanja eksekutif muda yang baru bekerja hari ini, beliau berkata, seakan satu penyakit, eksekutif muda seronok seronok dan berbangga memiliki kad kredit tetapi tidak bijak menguruskan perbelanjaan.

Akibatnya, kata Khairol Nizam, ramai eksekutif muda hari ini menanggung hutang yang banyak malah ada yang diisytiharkan muflis.

Eksekutif Pembantu Pengarah, Norzakiah Othman, 26, yang baru tiga tahun bergelar pekerja ini juga mengalami saat sukar untuk menabung ketika mula bekerja dulu.

“Susah hendak menyimpan kerana banyak duit dihabiskan untuk perbelanjaan harian selain membayar balik duit pembiayaan pengajian dan memberikan sedikit kepada keluarga. Pendek kata, ketika itu hanya cukup-cukup makan.

“Hanya selepas setahun bekerja, kedudukan kewangan saya mulai stabil dan saya mula menyimpan. Pada masa yang sama, saya sekat keinginan untuk berbelanja. memang rambang mata, lebih-lebih lagi bila tiba musim jualan murah.

“Jika saya mahu berbelanja pun, saya pastikan jika ada tunai lebih. Saya tidak menggunakan kad kredit walaupun ada dua jenis kad,” katanya.

No comments: