Friday, June 15, 2012

Halal Haram Pelaburan ASB...

Salam..

Persoalan ini selalu bermain dikalangan bumiputra terutamanya orang Melayu kita.. Secar umumnya, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan hukumnya harus manakala ada 2 Majlis Fawta negeri iaitu Selangor dan Pahang mengatakan Haram.. Negeri lain, kawan tiada info..


Meh kita tengok kenapa Majlis Fatwa Selangor mengatakan ASB tidak patuh syariah.
Terdapat pelaburan konvensional berteras faedah melalui Maybank (pemegang saham besar di ASB)
Pelaburan konvensional berteras faedah di pasaran wang.

Mari kita tengok pula kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ASB harus:
bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Kenapa ingin menjaga maslahah umat islam:
masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.
adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Saya bukan ulamak, saya bukan ustaz. Dalam hal ini saya ikut pendapat ulamak daripada kalangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Anda nak ikut yang mana, ikutlah tapi kenalah berasas. Asas mengapa saya ikut Majlis Fatwa Kebangsaan adalah:
Majlis Fatwa kebangsaan menyediakan 'solution' dengan mengambil kira keadaan yang berlaku di Malaysia iaitu sistem tunjang ekonomi yang diguna pakai di Malaysia sebelum ini yakni sistem konvensioanal, dan sehinggalah kedatangan sistem syariah perbankan islam. Hanya dengan mengatakan haram tanpa menyediakan solusi bagi saya hanya memudaratkan. Bagi saya, sekiranya Malaysia adalah sebuah negara berlandaskan syariah semenjak awal-awal lagi, sudah pasti ASB tidak lagi 'harus'. Tapi Malaysia baru bangkit dalam memperkenalkan unsur syariah, dalam hal ini terdapat kecelaruan dalam sistem yang bercampur-campur. Untuk serta-merta mengharamkan dalam jangkamasa yang singkat akan memporak-perandakan keadaan dan memburukkan lagi keadaan.

Dana PNB adalah amat besar. Dan tidak ada bank berlandas syariah yang mampu untuk menampung dana pelaburan PNB. Dinyatakan bahawa Malaysia memerlukan sekitar 40 buah islamik bank untuk menampung dana pelaburan PNB. Adalah sesuatu yang sukar dicapai untuk Malaysia mempunyai bank islamik sebanyak itu dalam jangkamasa yang singkat. Setakat ini, hanya Maybank yang mampu memenuhi dana PNB. Jika Maybank dikeluarkan dari equation tanpa ada islamik bank yang boleh tampung kekosongan tersebut, keadaan akan menjadi kucar-kacir. Kecelaruan ekonomi akan memburukkan ekonomi yang akhirnya akan menyebabkan kemudaratan dikalangan pelabur ASB yang rata-rata orang islam.

Ini adalah survival orang islam di Malaysia, keterlibatan kita adalah dalam kadar darurat, yang mana darurat disukat dengan kadarnya, dan dalam masa yang sama kita (termasuk PNB) berusaha untuk keluar dari permasalah ini (Mengutip kata-kata Dr MAZA). Sebab tu sekarang PNB ada panel syariah dia sendiri, termasuklah pihak Maybank. Dalam hal ini proses pembaikan kepada sistem syariah harus dijalankan sehingga maslahah ini dapat diatasi

Mari saya bagi contoh lain betapa ironiknya perbuatan jahat atau baik boleh menjadi sebaliknya:
Seseorang yang mencuri kerana kebuluran. Perbuatan ini adalah pada dasarnya salah tetapi 'diharuskan'. Saya petik daripada http://www.al-azim.com/masjid/infois...at/mencuri.htm :
Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Seorang yang ingin berkahwin lebih dari satu kerana ingin menolong perempuan lain, tapi dalam masa yang sama membuatkan isteri asalnya merana. Sememangnya poligami dibolehkan dengan tujuan untuk kebajikan. Tapi apalah kebajikannya sekiranya membuat orang yang didepan mata merana. Kalau ada orang yang merana, itu bukan kebajikan, tidak sampai tujuan asal harusnya poligami. Itu lebih kepada memanipulasi perkara yang 'halal' untuk mencapai tujuan yang dangkal. Perkara yang halal sepatutnya indah. Jadi prosesnya pon kenalah indah.

Sentiasa ada sebab musabab mengapa halal atau haramnya sesuatu. Kita kenalah paham usul atas asas mengapa sesuatu perkara itu dibentangkan. Kalau kita terima sesuatu bulat-bulat tanpa usul periksa, kita hanya jasad tanpa punya roh, kakak tua yang hanya mampu berkata-kata.

No comments: