Monday, December 19, 2011

Dividen ASB 2011 : 7.65 + 1.15 = 8.8%

Salam..
Sungguh lama kawan tak menulis di blog ini.... Bukan apa.. tiada pa yang baru hendak ditulis.. takat nak copy dan paste kat sini, kawan masih tidak nampak post2 menarik..

So, semalam PNB telah mengumumkan dividen ASB bagi tahun 2011.. 8.8% ...ok ler...

Target asal lebih 9% memandangkan PRU dah dekat..rupanya just kenaikan 0.05% sahaja berbanding tahun 2010....

So, apa lagi, marilah kita mengira berapa RM kita dapat....

Memandangkan kawan kawan buat loan ASB dgn Maybank so, tahun 2011 ni kawan akan dapat penuh

Rm200,000 x 7.65% = RM15,300.. bayar monthly 1156 x 12 bulan = RM13,782...
So secara amnya kawa dah ade lebihan RM1,518 ...

Itu tidak termasuk bonus 1.15% . Pengiraannya begini...

200,000 x 1.15% x 2/10 = RM460

So, secara amnya kawan akan dapat RM1,518 + 460 = RM1,978 lebihan setelah ditolak pembayaran loan tahun ini....

Kesemua itu, kalau kawan berpandukan based RM200,000 sahaja.. Kawan telah menggunakan method yang mana dividen yang dapat tahun lepas(2010), kawan x keluarkan duit tu..Just biar dalam buku sahaja... Tahun lepas, kawan dapat RM14,400. So, x 7.65%, dapat lagi RM1,101.60.... Bonus tak kira lagi.. kasi kira pulak....

RM14,400 x 1.15% x 1/10 =RM16.56..

So, total kawan akan dapat ialah = 16.56+1,101.60+1,978 = RM3,097.78


Tiga ribu lebih... duk rileks jer dapat tiga ribu..ok ler.... itu dunia kewangan sekarang.....

itu belum lagi dimanulasi dengan ASN pulak.... xpe..tunggu ada mood kawan cerita pulak...

Wednesday, July 13, 2011

Peraturan 78 bank menekan peminjam

Salam..
Lama betoi x tulis kat blog ini. Bukan apa tiada apa yang menarik untuk dikongsi bersama. Inipon kawan terjumpa artikel yang menarik.. kalau tidak , masih lama ler...

Sila baca terlebih dahulu untuk memahaminya..

PERATURAN 78 (Hasil Jumlah Angka) sudah lama digunakan oleh sistem perbankan di Malaysia untuk mengiktiraf keuntungan atau faedah belum perolehan. Penggunaan Peraturan 78 ini tidak memihak kepada peminjam apabila berlaku penyelesaian awal kerana rebat berkanun yang diberikan semula kepada peminjam tidak menggambarkan baki tempoh pinjaman.

Kesan dari penggunaan Peraturan 78 ini menyebabkan peminjam terpaksa menyelesaikan baki pinjaman tinggi walaupun sudah lama membayar. Sebagai contoh, peminjam membuat pinjaman 10 tahun dan pada tarikh perjanjian, keuntungan atau faedah untuk 10 tahun dikenakan. Jika berlaku penyelesaian awal, sebahagian dari keuntungan atau faedah yang dikenakan akan dipulangkan kepada peminjam dalam bentuk rebat berkanun.
Isu yang timbul ialah apabila penggunaan Peraturan 78 menyebabkan rebat berkanun yang dipulangkan semula kepada peminjam tidak sepadan dengan jumlah pembayaran sudah dibuat. Mengambil senario itu sebagai contoh, katakan selepas tiga tahun, peminjam membuat penyelesaian awal. Dengan penggunaan Peraturan 78, peminjam hanya layak mendapat rebat (pemulangan semula keuntungan atau faedah yang dicaj pada tarikh perjanjian) untuk lima tahun saja. Sepatutnya bank perlu memulangkan semula keuntungan atau faedah ini untuk tujuh tahun kerana baki tempoh pinjaman ialah tujuh tahun.
Saya berpendapat penggunaan Peraturan 78 ini perlu disemak semula kerana ia tidak mesra peminjam. Justifikasi kepada penggunaan Peraturan 78 ini perlu disemak semula kerana ia lebih memihak kepada bank yang secara umumnya bank mengiktiraf 75 peratus daripada keuntungan atau faedah ini dalam separuh pertama tempoh pinjaman. Contohnya, 75 peratus keuntungan atau faedah ini untuk pinjaman yang bertempoh 10 tahun diiktiraf dalam tempoh lima tahun pertama pinjaman. Atas dasar melindungi peminjam, penggunaan Peraturan 78 juga sudah lama dimansuhkan di negara maju di seluruh dunia. Kini tiba masanya Bank Negara Malaysia (BNM) melihat kembali penggunaan Peraturan 78 di negara kita.

Saya mencadangkan suatu kaedah yang lebih memihak kepada pengguna menggantikan Peraturan 78 ini. Kaedah yang mengiktiraf keuntungan atau faedah ini secara sama rata adalah yang terbaik. Ini bermaksud, dalam separuh pertama tempoh pinjaman, hanya 50 peratus keuntungan atau faedah diiktiraf (bukan 75 peratus seperti Peraturan 78).

Dalam kes peminjam sudah menyelesaikan pinjaman dalam tempoh tiga tahun (untuk tempoh pinjaman asal 10 tahun), maka rebat berkanun untuk tempoh tujuh tahun perlu dipulangkan kepada peminjam. Isu ini perlu dilihat oleh BNM dan Persatuan Pengguna kerana ia membabitkan pelbagai peringkat masyarakat.


Bagi kawan, benda ini adalah tersembunyi yang mana kawan ramai majoriti penuh rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa ada undang-unang menetapkan bank mesti untung lebih.
Kawan tak tau ler, bagaimana undang-undang sebegini dalam negara kita...Adoiiiiiiiiiiiiii...Kerajaan oo kerajaan... Dah ler gelombang kebencian sudah ada, karang makin memuncak pulak....

....

Thursday, May 19, 2011

Subsidi ooo Subsidi

salam..

Kawan ada membaca paper semalam semasa kursus di Temerloh. Ini berkenaan tentang isu semasa sekarang. Artikel memceritakan bahawa betapa sebenarnya jika kerajaan meningkatkan 10 sen harga gula, ia akan dapat menjimatkan RM16.6 juta setahun. Jika kerajaan membatalkan program subsidi minyak untuk nelayan laut dalam, kerajaan akan dapat menjimatkan duit sebanyak RM212 juta .
Oii.. banyak tu.... oooo.. banyak juga duit kerajaan dibelanjakan oleh kerajaan untuk menampung subsidi kepada rakyat.

Sebenarnya itu adalah angka yang ditunjukkan sebahagian subsidi kerajaan. Itu adalah perkar kecil sahaja berbanding total perbelanjaan sebenar kerajaan setiap tahun. Agak-agak berapa banyak duit kerajaan kena keluarkan untuk menampang proses pengurusan dan pembangunan setiap tahun?

RM212 BILION........ sahaja...

Itu angkanya jika anda semua tak tahu.. Maka secara automatiknya kenaikan harga gula sebanyak 10 sen itu sebenarnya tiada apa-apa sahaja. Yang penting bagaimana kerajaan nak menanangi lebihan belanja setiap setiap yang mana budget kerajaan sudah 14 tahun defisit.
Sudah beberapa kali kawan dengar menjelang pembentangan budget setiap tahun, agenda atasi defisit kononnya menjadi keutamaan tetapi bila dibentangkan di parlimen untuk sesi bacaan pertama, respon rakyat pelbagai terutamanya kakitangan kerajaan.
So, atas konsep rakyat adalah raja terutamanya sekarang 'Rakyat didahulukan' maka terpaksa budget itu digubal kembali demi memenuhi desakan dan harapan pelbagai tuntutan rakyat. Maka tidak kesampaian kerajaan BN ini untuk menjadikan defisit sifar ...

Siapakah yang bersalah?

-Kerajaan?... Kami terpaksa tolong rakyat..karang undi lari pula...
-Orang Ramai?.... Kami ni terpaksa minta.. sekarang hidup susah...
-Swasta?.....Kami pun mau cari makan maaa.
-NGO?.......Mana kami nak cari duit untuk buat program.. sape lagi nak bantu?

Anda sendiri menentukannya.........

Wednesday, May 18, 2011

Elak papa asal best bergaya...

salam..

dua kali tulis asyik hilang jer komentar kawan.. so bacaah rencan di bawah berkenaan tajuk di atas

AWAL bergelar pekerja tujuh tahun lalu, tidak terlintas untuk membeli kenderaan walaupun dia mampu untuk berbuat demikian. Dia lebih rela menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke pejabat. Alasannya cuma satu, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan melakukan perancangan sebagai jaminan masa depan.

Tambah pula ketika itu juga, Khairol Nizam Mohd Mostar, 32, baru mendirikan rumah tangga.

Walaupun Eksekutif syarikat swasta ini dan pasangannya bekerja, mereka begitu berhati-hati dalam merancang kewangan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan terutama jika berlaku kecemasan.

“Mula berkahwin, kami menetap di rumah mentua. Masing-masing baru bekerja, kedudukan kewangan kurang stabil dan kami tidak mahu terlalu cepat membuat pelaburan, yang akhirnya akan menyusahkan.

“Begitu juga dalam soal memiliki anak. Kami membuat perancangan sebaiknya kerana mahu yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah, kami kini memiliki dua anak, hendak masuk tiga,” katanya yang hanya memiliki kenderaan selepas setahun bekerja.

Khairol Nizam mengakui memang sukar untuk membuat tabungan ketika awal bekerja tetapi beliau tetap memastikan menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan setiap bulan untuk bekalan masa depan.

“Saya tidak mahu mengikut pepatah `Biar Papa Asal Bergaya’ kerana ia hanya akan menyusahkan. Disebabkan itu juga, saya mengelakkan menggunakan kad kredit apabila keluar berbelanja. Saya hanya menggunakannya pada waktu kecemasan,” katanya.

Ditanya mengenai cara berbelanja eksekutif muda yang baru bekerja hari ini, beliau berkata, seakan satu penyakit, eksekutif muda seronok seronok dan berbangga memiliki kad kredit tetapi tidak bijak menguruskan perbelanjaan.

Akibatnya, kata Khairol Nizam, ramai eksekutif muda hari ini menanggung hutang yang banyak malah ada yang diisytiharkan muflis.

Eksekutif Pembantu Pengarah, Norzakiah Othman, 26, yang baru tiga tahun bergelar pekerja ini juga mengalami saat sukar untuk menabung ketika mula bekerja dulu.

“Susah hendak menyimpan kerana banyak duit dihabiskan untuk perbelanjaan harian selain membayar balik duit pembiayaan pengajian dan memberikan sedikit kepada keluarga. Pendek kata, ketika itu hanya cukup-cukup makan.

“Hanya selepas setahun bekerja, kedudukan kewangan saya mulai stabil dan saya mula menyimpan. Pada masa yang sama, saya sekat keinginan untuk berbelanja. memang rambang mata, lebih-lebih lagi bila tiba musim jualan murah.

“Jika saya mahu berbelanja pun, saya pastikan jika ada tunai lebih. Saya tidak menggunakan kad kredit walaupun ada dua jenis kad,” katanya.

Monday, May 16, 2011

Cara nak capai impian anda.

Salam..

Kawan arini tak buat apa. Just cuma lepak2 di rumah sementara esok nak kerja lagi..
Sepatutnya arini pergi uruskan penyewaan kedai kawan, tetapi apasai malas betoi.. orang nak bagi duit pun x nak...Bod** betul aku..macam duit banyak...

Sebut tentang duit banyak..actually kenapa kita umat manusia nak duit banyak yer?... Jawapan yang selalu orang bagi sebab nak kaya. Bila kaya, banyak benda dan impian boleh buat...

Tapi selepas segala benda dan impian dibuat, nak buat apa lagi....letih-letih kumpul duit sampaai mati, last2 orang lain yang perabiskannya...

So, pandangan kawan.
1. Buat objektif hidup. Apa benda dan impian anda..
2. Tetapkan matlamat bila nak capai benda dan impian anda..Contohnya 15 tahun lagi nak beli ladang 10 ekar.
3. Buat pelan tindakan macam mana nak capai benda atau impian anda.. Masukkan pengiraan itu dengan kiraan inflasi 1.5 x kadar inflasi negara...(bukan apa. biar lebih)
4. Kenalpasti halangan dan masalah yang mungkin menghalang anda mencapai matlamat anda.. Kena sponsor ayah p haji ker.. Kena tukar kereta sebab asyik meragam jer... anak tetiba bertambah (salah sape)...
5. Jadikan masalah dan halangan itu sebab faktor kekurangan dan bukannya ancaman..Jika hanya kekurangan, boleh dicover dengan kekuatan anda... Contoh, Kerja lebih masa, kahwin dua... bodek2 adik beradi k lain kongsi bersama ayah p haji...
6.Sentiasa review pelan anda... Kot2 ada perubahan dan penambah suaian pelan anda... Duit yang ada bukan reti duduk diam...

Ok.. sedikit pandangan dari kawan... Cubalah kalau nak...

Wednesday, May 11, 2011

10 tip pengurusan kewangan terbaik

Salam.

tiada apa nak cerita berkenaan kewangan sekarang. Maklumlah kawan sekarang agak sibuk melayan pelbagai program berkenaan kerja hakiki kawan. So, kawan postkan artikel yang kawan dapati di blog kawan jalan-jalan... lupa dah nama web itu.. sory...

10 tip pengurusan kewangan terbaik

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.

Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding

kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.

Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.

5. Menabung

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.

6. Melabur!

Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Sunday, May 1, 2011

Ketepikan nasihat kewangan kononnya power, ikut rancangan yang bijaksana

Saranan ‘percuma’ termasuk daripada rakan boleh jadikan situasi lebih huru-hara

MEMASUKI alam pekerjaan bukan sekadar satu impian tetapi satu kemestian. Suka atau tidak, seiring anjakan usia, kehidupan harus diteruskan bukan lagi dengan pembiayaan ibu bapa tetapi sendirian berhad (sendiri). bagaimana caranya untuk menampung keperluan ini? Tentunya dengan bekerja.


Seawal menjejakkan kami ke alam pekerjaan, anda pastinya menerima pelbagai nasihat kewangan…secara percuma. Jangan boros, perlu berjimat dan elakkan berhutang kad kredit. Ini sememangnya nasihat yang bagus.

Tetapi AWAS!!! Tidak semua nasihat, pesanan, petua dan pantang-larang kewangan yang anda terima itu bagus. Salah pertimbangan, kedudukan kewangan anda akan menjadi lebih huru-hara.

Penulis kolum kewangan The Wall Street Journal, Jonathan Clements, menyebut mereka yang baru menceburi bidang pekerjaan sering kali diberikan nasihat kewangan secara percuma dan kebanyakan nasihat itu tidak membantu sebaliknya mampu menimbulkan pelbagai masalah.

Empat `nasihat’ popular di bawah, kata Clements, adalah antaranya.

1. Himpun/Kumpul Tunai

Seawal menceburi dunia pekerjaan, pasti ramai yang menyimpan pelbagai cita-cita – membeli kereta, rumah dan tidak ketinggalan melabur dalam pasaran saham.

Tetapi, ramai pakar kewangan berpendapat perkara paling penting yang harus dilakukan adalah membuat simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan jumlah perbelanjaan harian.

Hakikatnya, kata Clements, nasihat ini tidak realistik. Sekalipun anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan selepas pembayaran cukai, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat simpanan sebanyak itu.

Memburukkan keadaan, katanya, dalam memastikan simpanan kecemasan terus kukuh, ramai yang mengabaikan tabungan atau caruman yang lebih penting seperti skim kemudahan pekerja atau simpanan bagi pembelian rumah.

Nasihat beliau, lupakan tabungan untuk waktu kecemasan ini sebaliknya pastikan caruman dalam skim kemudahan pekerja, yang akan memberi pulangan lebih baik.

Ada simpanan dan nasib terbela sebagai pekerja.

2. Berbelanja mewah (besar)

Beli rumah paling besar yang boleh. Jangan, kata Clements. membuat pinjaman yang besar untuk membeli rumah yang besar dan mahal adalah satu tindakan tidak bijak, katanya. Anda hanya akan menambah beban perbelanjaan bulanan bagi membayar pinjaman perumahan dan mungkin beban membayar kos penyelenggaraan, cukai hartanah dan premium insurans perumahan sepanjang hayat.

Sepatutnya, beli rumah yang seadanya, sesuai dan selesa untuk anda dan keluarga.

3. Beli insurans nyawa

Ejen insurans sentiasa `mendesak’ pekerja muda, dalam usia 20-an untuk membeli insurans nyawa merangkumi kemudahan pampasan kematian dan simpanan pelaburan dengan alasan ia lebih murah jika dibeli pada usia muda.

Jangan! Kata Clements, pembelian insurans sebegini, yang ternyata mahal hanya akan menjadi pelaburan yang tidak berfaedah jika syarikat anda menawarkan pelbagai skim atau pelan kemudahan pekerja yang melindungi kebajikan anda.

Perlu ingat, tujuan utama membeli insurans nyawa adalah untuk melindungi keluarga anda – anda tidak memerlukannya jika tidak berkeluarga, tiada suami, isteri atau anak. Jika sudah berkeluarga, dapatkan insurans yang hanya menawarkan kemudahan atau pampasan kematian. Itu sudah memadai, kata Clements.

4. Bergerak seiring pertumbuhan ekonomi

Sering kali anda dinasihatkan supaya membuat pelaburan besar dalam pasaran saham pada usia muda kerana pertama, ada masa panjang sebelum bersara dan kedua, cukup masa mengaut keuntungan sebelum pasaran saham jatuh. Ini adalah nasihat yang bagus – secara teori.

Realitinya, anda pasti tidak mahu melabur dalam pasaran saham dan panik ketika pasaran saham merudum. Lebih-lebih lagi, jika anda masih baru dalam `permainan’ ini dan tidak pernah berhadapan dengan krisis kejatuhan pasaran.

Sebaiknya, kata Clements, mulakan pelaburan dengan 60 peratus untuk saham dan 40 peratus bon. Jika anda tidak gusar dengan pasang surut pasaran saham, tingkatkan pelaburan saham ke 85 peratus atau 90 peratus satu atau dua tahun kemudian.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat kewangan dan `termakan’ pujuk mereka yang konon-kononnya bergelar perundingan kewangan. Kenali kedudukan kewangan anda dan rancang perbelanjaan sebaiknya. Berpegang kepada perkara paling asas dan anda pasti tidak akan mengalami masalah kewangan.

Friday, March 25, 2011

Lama tak tulis ni...

salam...

Lama betul tidak tulis di blog ini... pandangan kewangan.... Sekarang ini masih tiada idea untuk memberi pandangan tentang kewangan... Cuma ada satu nanti yang hendak dikongsikan... pelaburan dengan PNB boleh dapat pulangan mencecah 12% setahun dividen....
(Eh.. Ya ker..bukan ker ASB paling tinggi 8.5%.. Mana datang 12% tu... Tunggu nanti free sikit-sikit masa , kawan cerita.. Kalau kawan terlupa tolong ingatkan...