Sunday, March 25, 2012

Pengasas dan Sejarah Mydin Holding Berhad ..

salam..

Kali ini kawan akan memaparkan sejarah salasilah kejayaan tokoh Koporat kita itu Sykt Mydin Holding Berhad yang senonim dengan nama Pasaraya Mydin...

Pengenalan

Kumpulan Mydin,antara kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia, dengan jualan tahunan mencecah RM 1.6 bil., bermula dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu pada tahun 1957. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, kini berusia 83 tahun, adalah pengasas Kumpulan ini. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang kepada keluarga Ghulam Hussein bin Jamal. Encik Jamal, bapa kepada Ghulam Hussein, merupakan seorang imigran muslim dari India.

En. Mydin berbekal dengan simpanan peribadi , tiada jalan pintas, tanpa tongkat atau bantuan kewangan dari kerajaan, mampu memulakan ‘empire perniagaan’ hanya mulai dengan ruang kedai yang amat kecil.

Hanya selepas 22 tahun pada 1979, En. Mydin membesarkan perniagaan beliau ke negeri berhampiran, Trengganu. Bayangkanlah begitu lama, sehingga 2 dekad!

Usahawan muda masakini tidak begitu bersabar, mereka sentiasa ingin melihat hasil dengan lebih pantas serta mencuba meneroka dengan jalan pintas.

Usahawan masakini kadang kalanya tidak memahami keadaan ini. Dalam alam perniagaan, anda perlu belajar mengurus kewangan dan mengelak pinjaman yang berlebihan dikala sumber hasil masih lagi terhad.

Kini Kumpulan Mydin memiliki lebih daripada 90 kedai termasuk lapan buah pasaraya besar dan Mydin wholesale emporium dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Keluarga Mydin

Mydin Mohamed pada tahun 1949 berkahwin dengan seorang gadis dari India berumur 15 tahun bernama Rowshan Bhai. Mereka dikurniakan seramai tujuh orang anak, iaitu tiga orang anak perempuan dan empat orang lelaki.

Kini Kumpulan Mydin di terajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua, Dato’ Ameer Ali Mydin. Beliau berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California dalam tahun 1981, dan hanya menyertai perniagaan keluarga Mydin dalam tahun 1987 setelah beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim.

Pertumbuhan Pesat sejak 1987

Dalam fasa yang kedua sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah melalui peringkat pertumbuhan yang pesat, setelah Dato’ Ameer Ali menyertai Kumpulan. Jika sebelumnya, ia hanya memiliki dua buah kedai sejak tertubuhnya pada tahun 1957 di Kota Bharu, sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah berkembang pesat di seluruh semenanjung sehingga kini mampu memiliki lebih sembilan puluh buah kedai termasuk beberapa buah pasaraya dan emporium, dengan nilai jualan berjumlah lebih daripada RM 1.6 bil. setahun.

Kini, Dato’ Ameer Ali Mydin adalah Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd.

Program Transformasi Kedai Runcit(TUKAR)

Kumpulan Mydin adalah sebuah daripada pasaraya yang terlibat dalam program TUKAR dan berperanan sebagai konsultan dan membantu dalam melaksanakan program ini.

Program ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Perdagangan dalam Negeri dibawah NKEA untuk memodenkan kedai runcit tradisi. Proses transformasi ini merangkumi mengatur semula barang niaga, melaksanakan point of sale system yang baru yang lebih effisien, dan meningkatkan rupa bentuk disebelah dalam dan luar kedai. Kedai yang terbabit akan diberi pinjaman oleh Bank Rakyat sejumlah diantara RM20,000 dan RM60,000.

Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M)

Sebagai tanggungjawab sosial dan berikutan kejayaan dalam Program TUKAR, Kumpulan Mydin telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan sebagai operator KR1M.

Sebagai Operator, Mydin membantu dalam memasang peralatan dan rek rek kedai , pengurusan bekalan, IT Support untuk sistem jualan, kemahiran teknik dan penjualan, dan latihan.

Sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, kini sudah terdapat kira kira 30 buah kedai Rakyat 1 Malaysia di Semenanjung Malaysia. Untuk info lanjut sila klik di sini.

Jatidiri Keluarga Mydin disebalik Kejayaan

Kejayaan Kumpulan Mydin pasti tidak dapat dipisahkan daripada jatidiri keluarga tersebut, yang nampaknya banyak dipengaruhi nilai dan budaya keluarga yang berasal dari India, sungguhpun pengarah urusan, Dato’ Ameer Ali merupakan generasi keempat yang bermastautin di Malaysia.

Ayah kepada datuk beliau, Encik Jamal berhijrah ke Malaysia dalam tahun 1916. Seperti ramai imigran lain, beliau adalah diantara anak anak muda yang berani menyahut cabaran dan mengharungi lautan untuk mencari peluang perniagaan di tempat baru. Mengikut cerita, ini berlaku setelah beliau terbaca akbar di India tentang kejayaan imigran bangsa Cina di Malaya ketika itu.

Ghulam Hussein, bapa kepada Mydin Mohamed sudah cukup berjaya dalam perniagaan disekitar tahun 20-30han. Sungguhpun demikian, dengan nilai nilai dan budaya niaga yang kukuh, keluarga ini kekal dengan sifat sifat yang perlu untuk kejayaan seterusnya. Persekolahan diutamakan dan En Mydin dihantar ke sekolah Inggeris . Mereka kekal dengan cara hidup yang sedarhana dan berdisiplin. Kini, setelah berjaya Encik Mydin masih lagi seorang yang suka merendah diri dan berjimat cermat.

Berpandukan penulisan yang kita dapati, sifat berjimat cermat merupakan nilai amat penting dalam keluarga Mydin. Walau kadang kali ianya nampak keterlaluan dari kaca mata masyarakat Melayu, sekurang kurangnya kita harus faham sifat berjimat cermat adalah sifat baik yang perlu dibudayakan untuk maju kehadapan.

Keluarga Mydin juga berpegang teguh kepada kejujuran dalam keluarga dan dikalangan pekerja pekerja mereka. Pembelotan pernah berlaku dimana supervisor kedai menggelap wang hasil jualan. Tindakan disiplin, walaupun sukar dilakukan, terpaksa diambil dengan segera setelah terbukti kesalahan, dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan berkenaan. Pengurusan boleh mema’afkan kesilapan, tetapi tidak jika ia melibatkan penipuan dan ketidakjujuran.

Sudah pasti persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan kumpulan ini. Ini kerana sekurang kurannya dalam tiga generasi kedua dua ibu dan bapa mereka adalah dari keturunan dengan jadidiri yang serupa.

Satu lagi ciri ciri yang perlu diambil perhatian, Encik Mydin Mohamed tidak memulakan perniagaan dengan ayahnya, sungguhpun ayah beliau sudah berjaya. Beliau memilih untuk mulai berkhidmat dari bawah dengan perniagaan Mr. Peerbhai. Disini beliau menimba banyak pengalaman untuk mengurus kedai runcit.

Begitu juga anak beliau Dato’ Ameer Ali Mydin juga tidak mulai berkhidmat dengan perniagaan ayah beliau dari awal. Di sini pendidikan universiti menjadi prioriti sebelum beliau mulai bertugas dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Hanya setelah menimba pengalaman berkhidmat dalam bank dan setelah menjalin networking yang perlu, beliau mulai berkhidmat dalam perniagaan keluarga.

Jelas nampak disini yang kejayaan kejayaan kumpulan Mydin berkait rapat dengan jatidiri keluarga, pendidikan yang baik, pengalaman disekitar perniagaan yang moden dalam AMMB dan juga jalinan networking yang mereka bina.

Bagi kita orang Melayu yang membesar dalam suasana selesa, tanpa disiplin yang ketat dan budaya niaga yang kondusif dalam masyarakat, kita perlu mengharungi lebih banyak perubahan sikap dan budaya niaga.

Kinipun kita sedang menuju kearah itu hasil persaingan antara kaum dalam negara yang menimbulkan kesedaran dan motivasi dalam masyarakat.

Insya Allah, dengan bantuan polisi kerajaan yang sesuai, terutama dalam bidang pendidikan dan dengan mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan adil , masyarakat kita akan berjaya di masa hadapan.

kredit to saudara ikhwan...

Friday, March 16, 2012

Membayar cukai.. Nak Lari?...

Salam ... Lama kawan tak updated...

bukan apa. Melihat tajuk blog ni menjurus kepada kewangan, maka kawan yang masih memikirkan idea-idea baru(maleh) ..maka kosong ler blog ni..

Untuk tidak menghampakan pembaca blog yang tidak seberapa ini, maka kawan selitkan berita-berita kewangan semasa...
Antaranya ialah semua sedia maklum YAB Najib telah merasmikan bulan pembayar cukai yang bermula 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012 bagi individu bekerja sahaja... Bagi indididu berpendapatan lain (bisnes).. tarikhnya sehingga 30 Jun 2012... Anda kategori mana satu?... Janji tersilap langkah ok.

Kalau ikut pandangan LHDN, kawan dikenakan cukai. Ini kerana sekarang ini kawan dikenakan PCB setiap bulan sebanyak RM55.. Tapi bestnya, setiap tahun kesemua itu dipulangkan kembali memandangkan kawan diistiharkan tidak perlu membayar cukai...

Ramai bertanya bagaimana kawan buat?.... Ada ler rahsia..Yang penting tidak menyalahi undang-undang negara yang juga dibuat oleh manusia yang juga mempunyai elemen kekurangan...

Tak per la.. kawan dedahkan satu tips... BAYARLAH ZAKAT... settle ..tak perlu dah bayar income tak... hukum Islam dipatuhi dan kewajipan negara tidak dilanggar...

Tips lain, bagaimana pula?... tak per la...biarlah rahsia..Kawan pon hairan kenapa ada orang sanggup nak bayar kawan untuk mengurangkan cukai pendapatan atau mentiadakan cukai... Dah income banyak, bayar ler la... Sian kat kerajaan , nanti takde duit nak bayar gaji dan bonus kawan..

ok.. BLog ini lebih kepada copy n paste sambil berbincang dan mengulas.. insyaallah, kredit kepada penulis asalnya, kalau kawan lupa, beritahu ok..