Saturday, August 18, 2012

Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy)

Blue Ocean Strategy (BOS)

Salam semua,disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang satu konsep dalam strategi perniagaan. Ia dinamakan konsep Blue Ocean Strategy atau BOS.Mungkin ada yang telah tahu atau membaca buku ini tetapi saya ingin memberikan sedikit info dan ringkasan mengenainya. Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju.Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS.Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.

Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan.Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru.Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.

Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan.Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru.Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.

Prinsip

Blue Ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta BOS,buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu:

-How To Reconstruct Market Boundaries
-Focus On The Big Picture,Not The Number
-Reach Beyond Existing Demand
-Get The Strategic Sequence Right
-Overcome Key Organizational Hurdles
-Build Execution Into Strategy

Untuk lebih mempermudah makna definisi diatas,3 contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australiam (Casella Wine) menciptakan produk angguryang terkenal dengan jenama Yellow Tail dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika dengan terbukti ianya berjaya. Apakah kaedah yang digunakan?Sudah tentu dengan BOS dia mampu.Menciptakan atau memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkabonat menjadi peminum anggur,juga dalam acara-acara tidak formal,anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu.

Berkembang

Malah haraganya murah dan rasanya trendy,juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang,ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat,kerana itu pasarannya semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun sahaja,Yellow Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai di Amerika dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.

Pada tahun 2003,Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yang dijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal.Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melakukan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan ‘Eliminate’,’Reduce’,’Raise’,dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut. Kerangka utama BOS bertumpu pada 4 kerangka dasar iaitu eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMANATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘taking for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut. REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri,RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau ‘value’ yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.

Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan bisnes anda yang sekadar mampu bertahan,jangan membaca buku ini. Namun,jika anda ingin melakukan perubahan,menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelanggan, pekerja, pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru,bacalah buku BOS yang berharga RM69.90 .

Kim dan Mauborgne telah memetakan ’satu jalur yang baru dan berani untuk memenangi masa depan’.Mereka menawarkan 6 prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudera biru dengan sukses. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru.BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan,ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan. Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan. Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru.

Mengalihkan caa pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand! BOS mencabar kos industri.Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan yang baru dalam pasaran.Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru.Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dan memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

Hari ini antara syarikat yang mengikuti Strategy Blue Ocean adalah:

-MetraTech Corporation
-ESG Insurance
-National Library of Australia
-Telekom Malaysia
-Siemens Hearing Systems
-UPC Cable
-Storck Confectionary
-Investec Plc
-Fred Dovaston S.L
-Imprenta Pronto S.L
-Tata Group
-Singapore Ministry of Information,Communication and Arts
-Lundbeck Asia

Cerita Steve Jobs

Siapa tak kenal dia ni kan. CEO dan Founder Apple. Ketika acer, hp, dell berlumba-lumba mana jenama PC yang paling baik, dengan menawarkan pelbagai fungsi lain untuk menambah baik jenama PC mereka, Steve Jobs keluar dari persaingan ini dengan menekankan kepada PC Tablet. Alah, yang ipad tu tablet la tuh. Sekarang ni kita tengok, tablet ni sudah menjadi kegilaan orang ramai. Laptop, PC ni hanya di tempat kerja.




Memang sesuatu 'perjudian' untuk meneroka bidang baru ni, tapi hasil apabila kena, memang sesuatu yang tidak dapat disangkal kebaikkannya. Nak ramal masa depan ni, bukannya satu benda yang mudah. Pada tahun 2007, tablet ni dianggap sesuatu yang tak logik akal. Tapi tengoklah sekarang, kebanyakkan orang menggilakannya


Kesan lambat meneroka bidang baru?

Strategi Laut Biru nak tak nak kena dibuat oleh mana-mana syarikat gergasi di luar sana. Macam mana produk nak bertahan dengan pasaran tahun depan, semua itu perlu dilihat. Lambat meneroka? Jadilah seperti Kodak!

Pada tahun 2003, siapa peminat kamera tak kenal kodak. Ya, nak tangkap mesti ada filem dan filem yang terkenal adalah kodak. Sebab lambat perasan dengan kuasa baru iaitu digital kamera, syarikat yang berusia 74 tahun ini akhirnya terkeluar dari 30 syarikat paling top di US pada tahun 2004. Pada tahun 2005, dianggarkan Kodak kerugian lebih 1 Billion USD hasil 'pertukaran' teknologi ini





Adakah Kodak memang tak mampu bertahan?

Tidak, yang aku maksudkan ini adalah transaksi teknologi. Dulu kalau nak ambil gambar, memang kena beli filem. Tapi tengok sekarang, boleh diprint sahaja. Bisnes yang difokus oleh Kodak adalah penjualan filem ini saja, bila orang dah tak guna filem, hancurlah bisnesnya. Cuba Kodak perasan awal sikit dengan peralihan teknologi ni, sudah pasti mereka mampu bersaing sebabnya sebelum ini mereka sudah menempa nama di dalam bidang yang sama. Sekarang - tanya kodak tu apa? mungkin ada antara kita dah tak ingat. heh


Strategi Laut Biru dalam Kerajaan?

Bukan sahaja dalam bisnes, urusan pentadbiran juga perlu. Bagaimana untuk 'tackle' masalah yang bakal dihadapi inilah yang akan menentukan kehebatan sesuatu company. Sama juga dengan pemerintahan kerajaan. Kalau tengok Mahathir, kejayaan Malaysia sekarang memang patut berterima kasih kepada dia. Dulu orang kata F1 ni membazir, tapi tengok ada mat saleh lebih kenal Sepang berbanding Malaysia sendiri!

You cannot discover new oceans unless you have the courage to step away from the shore - André Gide


Tapi ingatlah, tak semua Strategi Laut Biru itu membawa kesan positif. Menjadi punah Strategi Laut Biru ini adalah orang yang membawa idea itu sendiri. Jika tidak mampu bertahan, maka punah itu akan datang. Rasa strategi yang dibuat tidak mampu mendatangkan hasil, juga punah akan menjemput. Teragak2 strategi yang sudah dilancarkan itu mampu memberi kesan, punah sudah pasti akan menjelma.



sumber... cg ler]]]

2 comments:

Nurabubakar said...

Thanks share info!

Unknown said...

Tq sudah share info sekarang Saya thu serba sedikit tentang strategy